
ABD. RASHID LIZAN
Islam Itu Indah, Islam Itu Cara Hidup....."Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul"
Monday, August 17, 2015
Tuesday, August 11, 2015
Monday, March 10, 2014
KURSUS LMS DI SEAMEO RECSAM, PULAU PINANG
Kursus LMS ini berlangsung selama 5 hari. Dianjurkan bersama oleh BPTV dan SEAMEO RECSAM. Kandungan tentang kursus ini disampaikan sepenuhnya oleh En. Saiful Anuar Bin A. Rahim. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pembangunan ICT yang berkaitan proses PdP di kelas. Beliau kini bertugas di SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam. Kursus ini bertujuan memantapkan pengetahuan ICT para pensyarah KVMT dan SMT di seluruh Malaysia. Penyertaan peserta seramai 29 orang iaitu 22 lelaki dan 17 perempuan. Diharapkan kursus ini bermanfaat untuk meningkatkan kualiti proses PdP di kolej vokasional setanding dengan sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia.
Monday, January 21, 2013
Pendaftaran Pelajar Baru Tkt.4 KVMT (2013)
Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Tkt.4 KVMT (2013) berjalan lancar walaupun saya dipertanggungjawabkan dalam dua tugas secara serentak. Pertamanya mengendalikan tayangan multimedia tentang KVMT dan keduanya menguruskan pendaftaran pelajar Tkt.4 TEN @ Teknologi Elektrik. Alhamdulillah semuanya beres dibantu oleh En. Suhadi yang baik hati walaupun pelajar yang mendaftar hanya seramai 19 orang daripada 42 orang yang ditawarkan.
Sunday, October 21, 2012
Perisian Frog Untuk Transformasi Pendidikan Negara
Penggunaan perisian Frog bagi semua guru SMVMT akan bermula pada awal tahun 2013 nanti diharap dapat memudahkan proses P & P di kelas. Frog adalah perisian VLE @ Vitual Learning Environment yang dipilih bagi projek 1BestariNet di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.frogtrade.com dan https://mha2002.1bestarinet.net atau Laman Frog KV Melaka Tengah sepertimana dalam ruangan MACAM-MACAM ADA melalui blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)