Pembuka Bicara

Karangan Umum (Latihan)

a)  Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.


1    Sekolah anda akan mengadakan “Program di Ambang Merdeka” sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-52.
Sebagai setiausaha program, anda dikehendaki menyediakan laporan lengkap tentang persediaan-persediaan yang dilakukan untuk menjayakan program tersebut.
Sediakan laporan anda itu.

2    Jasa ibu bapa sangat besar nilainya dan tidak terbalas oleh anak-anak.
Jelaskan cara-cara untuk menghargai jasa mereka.

3    Memandangkan jumlah rakyat Malaysia yang merokok terus meningkat dari semasa ke semasa, anda telah diminta untuk menulis sebuah rencana yang bertajuk “Kesan-kesan tabiat merokok dan langkah-langkah untuk menanganinya”.
Tulis rencana itu selengkapnya.

4    Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan negara jiran.
Berikan pendapat anda tentang kepentingan hubungan yang baik dengan negara jiran ini perlu dikekalkan.

5    Anda telah menonton sebuah drama yang menarik di televisyen.
Tulis ulasan drama tersebut selengkapnya


b)   Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1  Konsep “Sekolah Selamat” harus dipupuk dalam kalangan pelajar.
    Berikan pendapat anda tentang perkara ini.

2  Institusi keluarga diyakini mampu menangani gejala sosial yang semakin meruncing pada masa ini.
    Ulaskan peranan yang dapat dimainkan oleh institusi keluarga untuk membanteras gejala tersebut.

3  Kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai tahun 2004 melalui
    Akta Latihan Khidmat Negara 2003.
    Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan program yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini.

4   Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan negara jiran.
     Berikan pendapat anda tentang kepentingan hubungan yang baik dengan negara jiran ini perlu dikekalkan.

5   Kini remaja semakin kurang meminati karya sastera.
     Bincangkan langkah-langkah untuk mudah menarik minat remaja meminati karya sastera.

Disediakan oleh arbl