Pembuka Bicara

Pengetahuan Tata Bahasa (Latihan)

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) linangan
(ii) gerangan
(iii) sambungan
(iv) kenangan
(v) hubungan
(vi) kekangan
[6 markah]


(b) Berdasarkan ayat-ayat majmuk di bawah, nyatakan sama ada ayat-ayat tersebut ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen, ayat majmuk pancangan keterangan atau ayat majmuk campuran.

(i) Imran masih kecil ketika saya meninggalkan kampung itu.
(ii) Saya suka membaca novel yang ditulis oleh Shahnon Ahmad.
(iii) Ali dan Abu bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.
(iv) Tentulah tidak wajar untuk Ali bertindak sedemikian.
(v) Dia mengambil buku yang baru dibeli itu lalu masuk ke bilik tidur.
(vi) Perempuan itu memberitahu bahawa suaminya sudah meninggal dunia.
[6 markah]


(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Setelah tercapai kemerdekaan, kemajuan ekonomi negara begitu pesat dibangun. Sektur pertanian telah menjadi tulang belakang ekonomi negara pada waktu itu. Namun, perubahan zaman menyaksikan cara tranformasi yang dialami Malaysia dari sebuah negara yang mengasaskan sektor pertanian dan perlombongan telah bertukar menjadi sebuah negara yang berasaskan perindusterian dan perkhidmatan.
[6 markah]


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Dari hari ke sehari, ibu tua itu menunggu ketibaan anak kesayangannya di atas jambatan itu.

(ii) Mukanya merah pekat menahan malu bila dimarahi oleh guru di hadapan kawan-kawannya.

(iii)Kerja-kerja menangkap sotong sesuai dilakukan di waktu malam sahaja.
[6 markah]


(e) Lengkapkan peribahasa di bawah dengan betul.

(i) Sekali air bah, ____________________________________________

(ii) Berjagung-jagung dahulu, ____________________________________

(iii __________________________________, terlajak kata buruk padahnya.

(iv) Kalau baik jadilah teladan, ______________________________________

(v) Ada padi semua jadi, ___________________________________________

(vi) _____________________________, di situ langit dijunjung.
[6 markah]

Disediakan oleh arbl