Pembuka Bicara

Saturday, April 30, 2011

Chelsea Menanglah Pulak

Kalou selamatkan Chelsea

2011/05/01

LONDON: Penyerang Salomon Kalou memastikan Chelsea memungut tiga mata penuh apabila menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Stamford Bridge, sebentar tadi.

Spurs bagaimanapun mendahului pada minit ke-19 menerus Sandro Raneirei sebelum Frank Lampard menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi gol kontroversi.
Ketika Spurs hampir meraikan kejayaan mengikat kedudukan 1-1, Kalou menguis masuk pada minit ke-87 untuk memastikan Chelsea terus memburu kejuaraan liga di belakang pendahulu, Manchester United.

Sumber: Berita Harian

Friday, April 29, 2011

Jangan Biarkan Perkara Ini Berlaku...

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

The Temple Of Solomon - Must Watch

Dr. Zakir Naik Exposes A Major Error In Bible

Dr. Zakir Naik & Shah Rukh Khan

Dr. Zakir Naik - Antara Islam Dan Kristian

Tuesday, April 26, 2011

Tsunami 11 Mac 2011 Di Sendai, Jepun

Guru Dilaporkan Hilang Ketika Berjoging Ditemui Mati

TAIPING: Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lalu ditemui mati hari ini.

Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd Yusof Diah, berkata mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah.

"Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung.

"Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah," katanya di sini hari ini.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lalu. Guru berkenaan dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga jam 7 petang.

Sementara itu, Ahmad Din Ahmad Zuki, 50, yang membuat laporan mengenai kehilangan rakannya itu, berkata Abdullah memang suka berjoging dan mendaki bukit seorang diri di kawasan Bukit Larut dan ini adalah kali keempat dia berbuat demikian.

"Abdullah sudah berkahwin dan tinggal di asrama sekolah. Dia mengajar di sekolah Menengah King Edward Taiping sejak dua tahun lalu.

"Semalam (Isnin) sepatutnya dia mengajar...ramai di kalangan guru sekolah tidak mengetahui kehilangannya dan terkejut apabila mendapati dia ditemui mati di kawasan bukit itu hari ini," kata Ahmad Din yang juga seorang guru. - BERNAMA

Terbit 26,000 Judul Buku Setahun

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan bekerjasama dengan semua pemain industri buku untuk mencapai sasaran penerbitan sekurang-kurangnya 26,000 judul buku setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil pengeluaran penulisan perlu digembleng memandangkan pada masa kini hanya terdapat kira-kira 16,000 judul buku diterbitkan dalam tempoh itu.

"Apa yang penting adalah untuk mendapatkan seberapa ramai mungkin penulis dan penerbit kerana dengan cara ini hasil karya yang dikeluarkan mendapat sokongan dan bermutu," katanya selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL) ke-30 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. - Bernama
Ihsan daripada Kosmo

Friday, April 22, 2011

SBP Sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan

GHUANGZHOU 22 April – Kerajaan bercadang menjadikan sekolah-sekolah berasrama penuh di seluruh negara sebagai pusat kecemerlangan sukan di samping pelajarnya juga berjaya dalam bidang akademik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rancangan itu boleh dijayakan kerana sekolah tersebut melaksanakan pembelajaran satu sesi dan pelajarnya berada di sekolah berkenaan sepanjang masa.

“Saya berpendapat satu cara untuk mengembangkan bidang sukan di kalangan pelajar adalah dengan mewajibkan aktiviti sukan di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh kerana kemudahan yang terdapat di sekolah itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengakhiri lawatan kerjanya ke negara ini sejak Isnin lalu atas jemputan Timbalan Perdana Menteri China, Li Keqiang di sini hari ini.

Lagi pula katanya, terdapat berpuluh buah sekolah berasrama penuh di seluruh negara berbanding dua sekolah sukan yang telah dibuka oleh kerajaan dalam melahirkan atlet negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, di kebanyakan negara lain, pelajar sekolahnya diwajibkan mengambil dua acara sukan.

“Sekolah Tinggi Eksperimental Universiti Beijing yang saya lawati contohnya telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang akademik dan menjadi atlet negara kerana sistemnya yang memberi penekanan terhadap kedua-dua bidang itu,” katanya.

Penekanan terhadap bidang sukan di sekolah berasrama penuh katanya, adalah selaras dengan program Satu Pelajar Satu Sukan yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi menyamarakkan budaya bersukan di kalangan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin pelajar sekolah berasrama penuh yang terlibat dengan aktiviti sukan tidak akan terjejas prestasi akademik mereka.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, budaya sukan perlu dikembangkan di sekolah kerana ia juga penting dalam pembangunan negara dan ia tidak sepatutnya ‘mati’ sebaik sahaja pelajar menamatkan persekolahan mereka untuk menyambung pengajian ke universiti.

“Kalau budaya sukan itu sudah disemarakkan di peringkat sekolah, sudah pasti ia tidak akan mati kalau mereka pergi ke universiti pula,” katanya.
Oleh Nizam Hamid @ Utusan Malaysia

Wednesday, April 20, 2011

Kuasa Allah S.W.T. Mengatasi Segalanya

Saksikanlah selingkar kisah sedih yang menghibakan hati sesiapa yang menghayati musibah ini dengan mata hatinya....SubhanaLLah


Sumber: Youtube

Tsunami Di Sendai, Japan

Renungilah musibah yang menimpa manusia angkara tangan-tangan manusia jua....inna lillahi wainna ilaihi raji'un....wassalam