Pembuka Bicara

Tuesday, December 27, 2011

Bermulanya Sesi Persekolahan Tahun 2012

Mafhum hadis Nabi Muhammad s.a.w bermaksud "Tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad" menyeru umat Islam supaya sentiasa beringat tentang pentingnya tanggungjawab menguasai ilmu pengetahuan sama ada keduniaan mahupun keakhiratan. Hal ini kerana jika kita berjaya dalam kedua-dua dunia tersebut bekalan ilmu amatlah diperlukan untuk menguasainya. Ilmu ibarat cahaya yang bakal menerangi kegelapan hidup kerana tanpa ilmu manusia akan berada dalam kejahilan yang akan menjerumuskan diri ke arah kehancuran. Ilmu perlulah diamalkan secara berhemah supaya membuahkan hasil yang diidamkan...Insya Allah.

Tuesday, October 11, 2011

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (2011)

Mulai hari Rabu 12 Oktober 2011 bermulalah peperiksaan tersebut bagi mengukur sejauh mana kemampuan diri para pelajar dalam mengetengahkan idea untuk menjawab setiap soalan dengan tepat. Sebagai guru diharapkan para pelajar dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan yakin bahawa setelah berusaha gigih, berdoa dan tawakkal pasti membuahkan kejayaan cemerlang....Insya Allah. Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2011 kepada semua pelajar Tingkatan 4 SMVMT

Tuesday, October 4, 2011

Emas Penentu Ekonomi Masa Depan

1. Emas adalah pelindung nilai tunai agar masa depan tidak terbelenggu dengan masalah ketidakmampuan membayar kenaikan harga barangan keperluan yang semakin hari semakin meningkat.
2. Emas diperlukan sebagai potfolio pelaburan masa depan kerana harganya amat stabil dalam jangka masa panjang.
3. Simpanan emas dapat memperkasakan ekonomi negara sekaligus mengukuhkan kedudukan kewangan sesama ahli keluarga dan masyarakat Islam melalui ibadah zakat harta.
4. Walaupun harga emas jatuh tetapi masih kekal stabil berbanding nilai mata wang. Sepuluh tahun lalu RM1 bersamaan RM3 pada hari ini. Jadi sebenarnya duit kertas yang digunapakai masa kini mengalami susut nilai yang begitu ketara sekali. Oleh itu bertindaklah dengan menukar simpanan mata wang kepada pelaburan emas yang merupakan komoditi berharga yang membantu melindungi nilai wang tunai. Fikir-fikirkanlah......'beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.'

Saturday, September 10, 2011

Telefon Prabayar Pula Dikenakan Cukai Perkhidmatan

Nampaknya zaman cukai-mencukai dah menyerang semua pengguna tak kira di mana sahaja. Harap-harap pihak TELCO prihatinlah sikit dengan golongan marhaen yang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan prabayar. Kalau dah dikenakan cukai sebanyak 6% mulai 15 September 2011 maka bermulalah era baru dalam dunia telekomunikasi di Malaysia. Mahu tidak mahu para pengguna terpaksa mengalah kerana pengguna ibarat mentimun manakala TELCO ibarat durian...faham-faham ajelah.

Peperiksaan Percubaan SPM (Selaras) Negeri Melaka

Bermula 12 September 2011, para pelajar Tingkatan 5 seluruh negeri Melaka akan menduduki peperiksaan tersebut. Harapan semua warga guru agar semua anak didiknya beroleh kejayaan setelah berusaha gigih mengharungi liku-liku pembelajaran yang serba mencabar. Pesanan terakhir buat semua pelajar semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam mengharungi kehidupan seharian. Bukan setakat sijil yang menjadi matlamat hidup tetapi ilmu pengetahuan adalah segala-galanya dalam mencapai kejayaan hidup ini. "Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah." Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2011 daripada semua warga guru.

Tuesday, August 16, 2011

Kursus Komsas Anjuran BPTV

Bertempat di Hotel Selesa Pasir Gudang, Johor Darul Takzim. Berlangsung selama 4 hari mulai 15 hingga 18 Ogos 2011. Matlamatnya mempertingkatkan kemahiran mengajar dalam kalangan guru BM di Zon Selatan. Penceramahnya seramai 4 orang yang merupakan JU BM berpengalaman tentang Komsas. Harapan semoga segala pengalaman dapat diaplikasikan dalam proses P & P di kelas.

Sunday, August 7, 2011

KENANGAN MANIS BERSAMA MANZLIE DI KOTA SUCI MAKKAH


Niat yang baik dimakbulkan Allah SWT khasnya di kota suci Makkah. Mulanya saya cuma berniat alangkah bertuahnya kalau dapat berjumpa dengan pemilik blog seperti tertera http://manzlie-makkah.blogspot.com/ @ Pengalaman Di Kota Suci Makkah. Nampaknya Allah SWT telah memakbulkan niat hambaNya ini...Alhamdulillah syukur.

Demontrasi Kian Menjadi-Jadi...


Dunia semakin tidak aman...Demontrasi aman di Tottenham bertukar ganas gara-gara manusia yang hilang pertimbangan akal yang waras & terlalu emosi. Bantahan tersebut dilakukan berikutan kematian Mark Duggan, 29, yang maut selepas berbalas tembak dengan polis Khamis lalu. Lelaki terbabit berada di dalam teksi ketika dia diminta berhenti oleh pegawai bersenjata dalam operasi penangkapan. "Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan......". Fikir-fikirkanlah tragedi ini berpandukan akal yang waras.

Tragedi Tanah Runtuh Berulang Lagi...


Kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang berlaku semalam begitu menyedihkan. Tragedi ini mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita manakala dua lagi cedera parah. Nampaknya bumi Malaysia ini kerap kali dilanda tanah runtuh sejak akhir-akhir ini, tambahan pula musim hujan yang melanda dek imbasan taufan di negara jiran. Kesimpulannya tragedi sebegini akan sering berlaku sekiranya kerja penerokaan hutan berleluasa tanpa kawalan. Padahnya nyawa manusia dan harta benda melayang tanpa dapat diselamatkan. "Berfikirlah sesaat lebih baik jika bertindak tanpa menghiraukan kesan alam sekitar." Jadi sama-samalah kita mengambil ikhtibar terhadap tragedi tanah runtuh ke-2 di Malaysia.

Syabas MU Kerana Menumpaskan MC


Kejayaan MU memenangi Perisai Komuniti dalam perlawanan pembukaan saingan Liga Inggeris memang sesuatu yang menakjubkan. Walaupun MU telah ketinggalan 2-0 tetapi mampu bangkit dengan mengatasi MC dengan jaringan 3-2 di saat akhir persaingan. Nani menjadi ayam tambatan MU berjaya menampilkan diri sebagai wira pd perlawanan malam tadi. Inilah dunia bola sepak sesuatu yang mustahil boleh berlaku di saat akhir perlawanan. Perkara yg perlu dijadikan ikhtibar ialah kalau kita berusaha gigih pasti berjaya.

HADIAH SEMPENA BULAN MEMBACA SMVMT 2011

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana blogku ini telahpun berjaya memenangi hadiah pertandingan blog...semoga kejayaan ini dapat membakar semangatku untuk terus mengemaskini blog ini supaya lebih menarik dan bermaklumat...terima kasih banyak-banyak kepada pihak penganjur iaitu PSSSMVMT kerana memberikan sokongan penuh terhadap usaha murni ini.

Sunday, May 1, 2011

Kursus Prapersaraan Kakitangan Awam Bakal Dilaksana...

Syor wajib kursus prapersaraan kepada kakitangan
2011/05/02

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mewujudkan peraturan mewajibkan majikan menyediakan kursus prapersaraan kepada kakitangan bagi menangani isu pesara hidup melarat selepas bersara atau menghabiskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tanpa kursus sedemikian, pesara dikatakan tidak mempunyai ilmu mencukupi bagi membuat persiapan menghadapi hari tua, sebaliknya leka mengamalkan gaya hidup mewah, silap mengurus kewangan di samping menanggung beban hutang rumah atau pendidikan anak.

MU Kalahlah Pulak...Saingan Mengejar Mahkota EPL Makin Terbuka

Arsenal 'tangguh hajat' United

2011/05/02

LONDON: Jaringan babak kedua pemain Arsenal, Aaron Ramsey kini membuka luas perlumbaan ke arah mengejar mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas The Gunners menang 1-0 ke atas pendahulu, Manchester United di Stadium Emirates, malam tadi. Kemenangan itu bukan sahaja menceriakan Arsene Wenger dan pasukan malah penyokong Chelsea juga harus berpesta dengan keputusan penting ini bagi menyalakan harapan mereka.
Apapun, United kekal di tangga teratas berbekal 73 mata daripada 35 perlawanan tapi kini hanya dipisahkan tiga mata daripada pasukan kedua, Chelsea yang bakal menentang anak didik Alex Ferguson di Old Trafford, minggu depan.
Gol tunggal The Gunners menyusul selepas Robin van Persie mengumpan baik kepada Ramsey yang berjaya menemui sasaran menewaskan Edwin van der Sar pada minit ke-56. Dalam perlawanan awal, Liverpool menewaskan Newcastle United 3-0 untuk melonjak ke tangga kelima - mengekalkan usaha mendaki carta liga sejak Kenny Dalglish mengambil alih tugasan pada Januari. Jaringan daripada Maxi Rodriguez pada minit ke-10, sepakan penalti, Dirk Kuyt (minit ke-59) dan ledakan ketiga Luis Suarez (m-65) mengangkat Liverpool kembali dalam saingan layak ke Liga Europa. Keputusan ini menolak Tottenham Hotspur satu anak tangga ke bawah selepas mereka tewas kepada Chelsea 2-1, Sabtu lalu. - Agensi

Saturday, April 30, 2011

Chelsea Menanglah Pulak

Kalou selamatkan Chelsea

2011/05/01

LONDON: Penyerang Salomon Kalou memastikan Chelsea memungut tiga mata penuh apabila menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Stamford Bridge, sebentar tadi.

Spurs bagaimanapun mendahului pada minit ke-19 menerus Sandro Raneirei sebelum Frank Lampard menyamakan kedudukan pada minit ke-44 menerusi gol kontroversi.
Ketika Spurs hampir meraikan kejayaan mengikat kedudukan 1-1, Kalou menguis masuk pada minit ke-87 untuk memastikan Chelsea terus memburu kejuaraan liga di belakang pendahulu, Manchester United.

Sumber: Berita Harian

Friday, April 29, 2011

Jangan Biarkan Perkara Ini Berlaku...

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

The Temple Of Solomon - Must Watch

Dr. Zakir Naik Exposes A Major Error In Bible

Dr. Zakir Naik & Shah Rukh Khan

Dr. Zakir Naik - Antara Islam Dan Kristian

Tuesday, April 26, 2011

Tsunami 11 Mac 2011 Di Sendai, Jepun

Guru Dilaporkan Hilang Ketika Berjoging Ditemui Mati

TAIPING: Seorang guru Sekolah Menengah King Edward Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lalu ditemui mati hari ini.

Mayat Abdullah Zubir Ismail, 29, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd Yusof Diah, berkata mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah.

"Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung.

"Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah," katanya di sini hari ini.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lalu. Guru berkenaan dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga jam 7 petang.

Sementara itu, Ahmad Din Ahmad Zuki, 50, yang membuat laporan mengenai kehilangan rakannya itu, berkata Abdullah memang suka berjoging dan mendaki bukit seorang diri di kawasan Bukit Larut dan ini adalah kali keempat dia berbuat demikian.

"Abdullah sudah berkahwin dan tinggal di asrama sekolah. Dia mengajar di sekolah Menengah King Edward Taiping sejak dua tahun lalu.

"Semalam (Isnin) sepatutnya dia mengajar...ramai di kalangan guru sekolah tidak mengetahui kehilangannya dan terkejut apabila mendapati dia ditemui mati di kawasan bukit itu hari ini," kata Ahmad Din yang juga seorang guru. - BERNAMA

Terbit 26,000 Judul Buku Setahun

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan bekerjasama dengan semua pemain industri buku untuk mencapai sasaran penerbitan sekurang-kurangnya 26,000 judul buku setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil pengeluaran penulisan perlu digembleng memandangkan pada masa kini hanya terdapat kira-kira 16,000 judul buku diterbitkan dalam tempoh itu.

"Apa yang penting adalah untuk mendapatkan seberapa ramai mungkin penulis dan penerbit kerana dengan cara ini hasil karya yang dikeluarkan mendapat sokongan dan bermutu," katanya selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL) ke-30 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. - Bernama
Ihsan daripada Kosmo

Friday, April 22, 2011

SBP Sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan

GHUANGZHOU 22 April – Kerajaan bercadang menjadikan sekolah-sekolah berasrama penuh di seluruh negara sebagai pusat kecemerlangan sukan di samping pelajarnya juga berjaya dalam bidang akademik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rancangan itu boleh dijayakan kerana sekolah tersebut melaksanakan pembelajaran satu sesi dan pelajarnya berada di sekolah berkenaan sepanjang masa.

“Saya berpendapat satu cara untuk mengembangkan bidang sukan di kalangan pelajar adalah dengan mewajibkan aktiviti sukan di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh kerana kemudahan yang terdapat di sekolah itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengakhiri lawatan kerjanya ke negara ini sejak Isnin lalu atas jemputan Timbalan Perdana Menteri China, Li Keqiang di sini hari ini.

Lagi pula katanya, terdapat berpuluh buah sekolah berasrama penuh di seluruh negara berbanding dua sekolah sukan yang telah dibuka oleh kerajaan dalam melahirkan atlet negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, di kebanyakan negara lain, pelajar sekolahnya diwajibkan mengambil dua acara sukan.

“Sekolah Tinggi Eksperimental Universiti Beijing yang saya lawati contohnya telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang akademik dan menjadi atlet negara kerana sistemnya yang memberi penekanan terhadap kedua-dua bidang itu,” katanya.

Penekanan terhadap bidang sukan di sekolah berasrama penuh katanya, adalah selaras dengan program Satu Pelajar Satu Sukan yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi menyamarakkan budaya bersukan di kalangan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin pelajar sekolah berasrama penuh yang terlibat dengan aktiviti sukan tidak akan terjejas prestasi akademik mereka.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, budaya sukan perlu dikembangkan di sekolah kerana ia juga penting dalam pembangunan negara dan ia tidak sepatutnya ‘mati’ sebaik sahaja pelajar menamatkan persekolahan mereka untuk menyambung pengajian ke universiti.

“Kalau budaya sukan itu sudah disemarakkan di peringkat sekolah, sudah pasti ia tidak akan mati kalau mereka pergi ke universiti pula,” katanya.
Oleh Nizam Hamid @ Utusan Malaysia

Wednesday, April 20, 2011

Kuasa Allah S.W.T. Mengatasi Segalanya

Saksikanlah selingkar kisah sedih yang menghibakan hati sesiapa yang menghayati musibah ini dengan mata hatinya....SubhanaLLah


Sumber: Youtube

Tsunami Di Sendai, Japan

Renungilah musibah yang menimpa manusia angkara tangan-tangan manusia jua....inna lillahi wainna ilaihi raji'un....wassalam