MU Kalahlah Pulak...Saingan Mengejar Mahkota EPL Makin Terbuka
Arsenal 'tangguh hajat' United 2011/05/02
LONDON: Jaringan babak kedua pemain Arsenal, Aaron Ramsey kini membuka luas perlumbaan ke arah mengejar mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas The Gunners menang 1-0 ke atas pendahulu, Manchester United di Stadium Emirates, malam tadi. Kemenangan itu bukan sahaja menceriakan Arsene Wenger dan pasukan malah penyokong Chelsea juga harus berpesta dengan keputusan penting ini bagi menyalakan harapan mereka.Apapun, United kekal di tangga teratas berbekal 73 mata daripada 35 perlawanan tapi kini hanya dipisahkan tiga mata daripada pasukan kedua, Chelsea yang bakal menentang anak didik Alex Ferguson di Old Trafford, minggu depan.Gol tunggal The Gunners menyusul selepas Robin van Persie mengumpan baik kepada Ramsey yang berjaya menemui sasaran menewaskan Edwin van der Sar pada minit ke-56. Dalam perlawanan awal, Liverpool menewaskan Newcastle United 3-0 untuk melonjak ke tangga kelima - mengekalkan usaha mendaki carta liga sejak Kenny Dalglish mengambil alih tugasan pada Januari. Jaringan daripada Maxi Rodriguez pada minit ke-10, sepakan penalti, Dirk Kuyt (minit ke-59) dan ledakan ketiga Luis Suarez (m-65) mengangkat Liverpool kembali dalam saingan layak ke Liga Europa. Keputusan ini menolak Tottenham Hotspur satu anak tangga ke bawah selepas mereka tewas kepada Chelsea 2-1, Sabtu lalu. - Agensi
No comments:
Post a Comment